SHAH ALAM - Larian UiTM Di Hatiku anjuran Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama UiTM Runner’s Club yang berlangsung sekitar UiTM Shah Alam berjaya diadakan dalam keadaan meriah sehingga berupaya menarik penyertaan hampir 1400 orang peserta yang terdiri dari sebilangan besar pelajar-pelajar UiTM Shah Alam sendiri.
Meskipun dihimpit oleh kontroversi penarikan diri oleh Nike, larian tersebut masih lagi berjalan dengan lancar. Wakil dari Pusat Sukan iaitu Puan Hamidah, ketika ditemui berkata,
“Pihak kami tidak berasa rugi langsung meskipun Nike menarik diri. Ini berikutan walaupun Nike menarik diri, larian ini tetap akan dijalankan sebagai tujuan persediaan menghadapi Festival Sukan Antara Kolej (SUKOL) yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.”
“Terdapat beberapa masalah yang menyebabkan pihak Nike menarik diri dari menganjurkan larian ini. Antaranya ialah pihak Nike tidak berupaya untuk menaja minuman yang mencukupi untuk menampung keperluan peserta dalam kuantiti yang sangat ramai."
“Tambahan pula, pihak Nike gusar seandainya mereka tidak dapat menyediakan kasut percubaan yang mencukupi seperti yang tertera dalam aturcara program kepada semua peserta yang terlibat dalam larian tersebut,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

0 comments:
Post a Comment