Home » » Iftar jama'ie galak warga kampus puasa sunat

Iftar jama'ie galak warga kampus puasa sunat

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 12 April 2012 | 12.4.12

Program Iftar Jama’ie merupakan satu platform terbaik untuk menggalakkan warga kampus berpuasa sunat dan merasai keseronokan berbuka puasa bersama-sama.

Pengarah Program, Mohd. Faizan Tajuid berkata, program anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) dan Persatuan Mahasiswa Hadhari, UiTM itu juga antara lain memberi kesempatan kepada warga kampus untuk sama-sama menghayati erti sebenar ibadah puasa.

“Perlaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat mengekang gejolak nafsu yang merosakkan mahasiswa selain membudayakan puasa sunat yang mampu memantapkan iman serta aqidah peserta.

“Sambutan daripada warga kampus sangat menggalakkan dan ada yang memilih untuk menyertai program ini setiap minggu,” katanya.

Program ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis di Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam bermula 19 Mac lalu.

MOHD. FAIZAN TAJUID (Pengarah Program Iftar UiTM)
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger