Home » » UiTM FC ratah Sang Kancil

UiTM FC ratah Sang Kancil

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 12 April 2012 | 12.4.12

Barisan penuh semangat UiTM FC  tampil garang mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad Melaka di sebalik kehilangan 10 tunggak utama dalam perlawanan Liga FAM di stadium UiTM di sini, baru-baru ini.

Gol pendahulu dihasilkan pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti pemain muda Khairul Naim Mahyuddin selepas Mohd Afham Zulkifli dijatuhkan dalam petak penalti.

Cabaran sang kancil kemudiannya terus tenggelam sebaik Mohd. Afham menjaringkan gol kedua pada minit ke- 84, sekaligus menafikan kemenangan Melaka. 

Untuk rekod, kemenangan tersebut meletakkan UiTM FC di tangga kedua liga dengan 10 mata.
Pasukan Kuala Lumpur SPA terus mendominasi kedudukan liga dengan kelebihan lima mata.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger