SHAH ALAM: Empat kumpulan muzik berentap sengit dalam pertandingan ‘Battle of The Bands’ yang diadakan baru-baru ini sempena Karnival Keusahawanan 2012 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (NR) UiTM di Pusat Komersil,Seksyen 7.
Kumpulan Haze, Revolusi Maya, The Poyongs, dan IKYB yang terdiri daripada anak-anak muda berbakat besar bekerja keras menampilkan persembahan terbaik untuk bergelar juara pada pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000 itu.
Membawakan lagu berjudul ‘Kitalah Juara,’ kumpulan The Poyongs yang dianggotai pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi telah dipilih sebagai juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM400.
Manakala kumpulan Haze dan Revolusi Maya masing – masing dipilih sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga serta menerima hadiah bernilai RM300 dan RM200.
Hadiah disampaikan oleh En. Ariffin Md Yusof, Ketua Pegawai Pembangunan Pelajar NR
0 comments:
Post a Comment