SHAH ALAM - Beriadah dengan berbasikal bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang lasak, bahkan ia juga dapat membina ketahanan mental dan fizikal serta memberi ‘nafas’ kepada otak setelah sibuk seharian dengan jadual kuliah yang padat.
Aktiviti sihat ini menjadi ‘kegilaan’ ramai mahasiswa untuk menghabiskan waktu lapang mereka dengan berbasikal secara berkumpulan di sekitar kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Menurut Encik Zamri Abd Kahar, Pembantu Pegawai Kanan Pusat Sukan, bilangan mahasiswa yang menjadikan berbasikal sebagai aktiviti riadah pada waktu petang semakin meningkat.
Rata-rata pengguna memilih untuk meminjam basikal yang telah disediakan oleh pihak UiTM kerana kemudahan ini diberikan kepada seluruh mahasiswa.
“Bilangan basikal yang disediakan mencukupi dan jika ada lagi pertambahan pengguna, pihak kami akan membuat pertimbangan untuk menambah lagi bilangan basikal yang sedia ada”, katanya.
Bagi mahasiswa dari Fakulti Sains, Komputer dan Matematik, Nurul Farteen Atila binti Abdul Ghani, 20, aktiviti berbasikal dapat meningkatkan stamina untuk melakukan aktiviti harian yang lain di samping dapat mengelakkan dari melakukan aktiviti tidak berfaedah.
Menjadikan aktiviti itu sebagai hobinya, beliau kini dapat memenuhi cuti hujung minggu dengan melakukan aktiviti riadah ini bersama-sama rakan dari fakulti yang berlainan serta dapat bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan pembelajaran.
“Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan, bahkan ia dapat mengurangkan tekanan belajar”, katanya.
Nurul Maisarah binti Mohammad, 21, dari Fakulti Sains Gunaan, berkata aktiviti ini menjadi rutin hariannya dan ia amat menyeronokkan apabila dapat bersama-sama dengan rakan yang lain mengayuh basikal.
“Laluan di sekitar UiTM agak sibuk dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, saya lebih suka memilih berbasikal di sekitar pusat sukan dan kolej-kolej kediaman”, katanya.

0 comments:
Post a Comment