Home » » Parkir kereta dan sampah

Parkir kereta dan sampah

Written By Jurnalis Shah Alam on Monday, 14 May 2012 | 14.5.12

SHAH ALAM - Kawasan yang sepatutnya menempatkan sebuah kereta kini telah bertukar kepada tempat pembuangan sampah apabila tong sampah telah di letakkan di petak parkir kereta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hal ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk setempat di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam oleh kerana tong sampah yang diletakkan di petak parkir tersebut berbau busuk dan kotor. 

Gara-gara tempat parkir dijadikan tempat meletak tong sampah telah menimbulkan banyak masalah terutama sekali tempat parkir semakin tidak mencukupi.

Tambahan pula Pusat Komersial Seksyen 7 merupakan tempat tumpuan orang ramai terutama sekali para pelajar yang menetap di sana. 

Kawasan tersebut mempunyai banyak premis perniagaan sekaligus hal ini boleh memberikan kesan negatif kepada premis-premis yang berdekatan dengan tempat pembuangan sampah tersebut oleh bau yang kurang menyenangkan.

Hal ini terjadi kerana tiada tempat khas yang disediakan untuk membuang sampah di kawasan yang sepatutnya.

Amat menyedihkan apabila tiada tindakan yang diambil dan boleh dikatakan bahawa hal ini dipandang remeh oleh pihak yang berkenaan.

“Tong sampah sudah ada banyak dan mencukupi, tetapi tempat pembuangan sampah itu tidak bersesuaian kerana di letakkan di petak parkir kereta dan berdekatan dengan kedai makan dan yang pasti bau sangat kurang menyenangkan,

“Selain daripada itu, petak parkir yang sememangnya tidak mencukupi di sini menjadi lebih bermasalah apabila tong sampah tersebut telah mengambil ruang yang banyak sehingga tiga petak parkir kereta.” kata Mohd Najib bin Rafiuddin, salah seorang penduduk di Pusat Komersial, Seksyen 7.

Sehubungan itu, hal ini sepatutnya diambil serius oleh pihak yang berkenaan supaya dapat menangani masalah ini daripada berterusan sekaligus dapat membuat penambahbaikan di kawasan yang terbabit.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger