Home » » Perkhidmatan urut pada kadar harga berpatutan

Perkhidmatan urut pada kadar harga berpatutan

Written By Jurnalis Shah Alam on Monday, 14 May 2012 | 14.5.12

SHAH ALAM - Sebuah perkhidmatan urutan sukan telah beroperasi berdekatan gimnasium UiTM yang dikendalikan seramai 23 orang pelajar latihan amali Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi terbuka untuk warga UiTM dengan bayaran yang berpatutan.

Menurut Ahmad Syukri Bin Hashim, 22, salah seorang pelajar latihan amali tersebut perkhidmatan ini dijalankan untuk melatih pelajar sains sukan supaya lebih cekap dalam teknik urutan sukan yang merupakan salah satu daripada khursus yang diambil oleh mereka.

Tambah Syukri lagi perkhidmatan urut sukan ini bukan sahaja untuk ahli sukan yang mempunyai masalah seperti lenguh badan selepas bersukan tetapi juga untuk mereka yang penat bekerja dan juga mereka yang mengalami tekanan.

“Perkhidmatan urut ini juga disediakan kepada golongan wanita yang akan dikendalikan oleh pelatih wanita untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung.

“Terdapat dua bilik khas mengurut yang dilengkapi meja urut serta peralatan mengurut dan satu ruang menunggu disediakan untuk perkhidmatan ini.” kata beliau.

Syukri juga menjelaskan pelajar amali akan dipantau oleh pensyarah semasa perkhidmatan dijalankan bagi memastikan kecekapan serta peningkatan prestasi pelajar tersebut.

“Keistimewaan perkhidmatan urut sukan di sini adalah pengunjung boleh meminta urutan tambahan dan harga bayaran perkhidmatan juga boleh dirunding,” kata Syukri.

Menurut salah seorang pengunjung perkhidmatan urut ini Nazrul Faiz, 23, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, bayaran perkhidmatan ini amat berpatutan bagi para pelajar dan urutannya sangat memuaskan seperti perkhidmatan urut yang lain.

Nazrul juga berpendapat selain daripada urutan yang memuaskan, dalam masa yang sama pengunjung boleh membantu pelajar untuk lebih cekap lagi dalam latihan mengurut.

“Layanan yang diberikan oleh pelatih-pelatih di sini sangat memuaskan, pelatih-pelatih juga sangat ramah dan saya sendiri sebagai seorang pelajar sangat selesa dan boleh berkongsi informasi dengan pelatih mengenai hal ehwal sukan,” tambah Syukri.

Perkhidmatan urutan sukan ini beroperasi daripada pukul lapan pagi sehingga sepuluh malam pada hari Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger