Home » » Indie band libat diri dalam konsert amal

Indie band libat diri dalam konsert amal

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 21 June 2012 | 21.6.12

SHAH ALAM - Kegilaan terhadap artis kumpulan indie telah mencetuskan fenomena di kalangan peminat terutamanya golongan muda kerana muzik yang dihasilkan mengikut rentak generasi pada masa kini.

Fenomena ini boleh telah menjadikan artis kumpulan indie sebagai idola kepada generasi muda dan penglibatan mereka dalam sesuatu majlis boleh menarik perhatian dan sokongan peminat dalam menjayakannya.

Segelintir masyarakat menganggap penghibur seperti mereka hanya mementingkan wang dan dunia glamor sahaja dan tidak penah menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan.

Tanggapan ini adalah salah sama sekali, kerana masa kini ramai artis-artis kumpulan indie terlibat dalam menjayakan konsert-konsert amal bagi mengutip dana untuk badan-badan kebajikan.

Penghasilan genre muzik mereka yang menjadi kegilaan generasi muda pada masa kini, secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai untuk hadir menyumbang dan menjayakan majlis amal tersebut.

Baru-baruini, majlis amal mengutip dana untuk rumah anak atim yang dianjurkan oleh pelajar pengiklanan UiTM Shah Alam telah menjemput ramai artis-artis kumpulan indie untuk memeriahkan majlis tersebut.

Menurut Muhammad Fakhri Saub salah seorang penganjur majlis, promosi untuk majlis ini agak lambat dilakukan tetapi kerjasama yang diberikan oleh artis-artis kumpulan indie ini amatlah dihargai kerana mereka sudi meluangkan masa walaupun jadual aktiviti mereka yang agak padat.

“Mereka juga tidak mengenakan bayaran terhadap persembahan yang dilakukan kerana majlis amal ini dianggap sebagai salah satu aktiviti kebajikan kepada masyarakat”, katanya lagi.

Menurut Izzue Islam salah seorang ahli kumpulan Fourteen, konsert amal ini selain dapat merapatkan artis dengan peminat mereka juga dapat menyumbang kepada masyarakat dari segi memeriahkan majlis dan menarik orang ramai untuk menjayakan majlis tersebut.

Majlis tersebut juga dijayakan dengan kehadiran artis seperti Shahzamer, Asmi dari juara vocal bukan sekadar rupa dan ramai lagi. Diharap ramai lagi artis-artis tempatan menglibatkan diri dalam menjayakan aktiviti amal kerana penglibatan mereka amatlah dihargai dan memberi sumbangan yang besar tanpa mereka sedari.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger