Adakah anda penggemar cendol? Alangkah enaknya sagatan ais yang diperisakan dengan santan
berkrim dan manisan gula melaka larut membasahi tekak.
Cendol
menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang enak dengan
pelbagai bahan di dalamnya. Selain boleh dimakan begitu sahaja, ada yang
mencampurkannya dengan kacang tanah, laici, jagung dan agar-agar sebagai
penambah perisa.
Lokasi terbaik untuk penggemar-penggemar
cendol adalah di Cendol Pak Akob yang
terletak di Seksyen 16, Shah Alam, berhadapan dengan Masjid Raja Uda. Melalui
jalan-jalan sekitarnya, aroma Cendol Pak
Akob menusuk hidung kerana cendol istimewa Pak Akob adalah cendol durian,
di mana penambahan perisa raja buah itu ke dalam cendol menambahkan keenakannya
selain memberikan aroma unik.
Berita selanjutnya. Dapatkan jurnalis shah alam :)

0 comments:
Post a Comment