Saban
hari pastinya terdapat pelajar yang akan menggunakan perpustakaan bertujuan
untuk mengulang kaji pelajaran, mencari sumber maklumat, dan tidak ketinggalan
juga ada yang menggunakannya sebagai alasan bagi meluangkan masa bersama ‘teman
istimewa’ sesama pelajar.
Namun begitu, adakah para pelajar
tahu langkah-langkah yang telah diambil dan sejauh manakah pengorbanan yang
dilakukan oleh para pendidik zaman dalalu bagi memastikan PTAR yang ditubuhkan
khusus untuk menjadi suatu kesinambungan kejayaan dalam diri mereka?
Penubuhan Perpustakaan UiTM bermula
dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA di Jalan Othman, Petaling Jaya pada 14
Februari 1957.
Perpustakaan tersebut yang pada
awalnya dikenali sebagai perpustakaan RIDA telah menampung bahan-bahan bacaan
bagi kursus penyimpanan kira-kira, perakaunan dan kursus persediaan bagi pelajat
yang menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC).
Di peringkat awal kewujudannya, segala
pelaksanaan kerja berkaitan perihal perpustakaan hanya beroperasi di dalam
sebuah bilik yang terletak di tingkat satu bangunan lama Bahagian Pentadbiran
Dewan Latehan RIDA.
Tidak lama selepas itu, perpustakaan tersebut telah
berpindah ke ruang yang lebih selesa iaitu di aras bawah blok tambahan Bahagian
Pentadbiran, Dewan Latehan RIDA dengan bertujuan bagi menampung pertambahan
koleksi dan pelanggannya. .
Pada masa itu boleh dikatakan 99%
dari koleksi perpustakaan tersebut adalah dalam bahasa Inggeris terbitan luar negara
kerana ketika itu jumlah pembekal bahan-bahan perpustakaan amatlah sedikit
bilangannya.
Di samping itu, kampus ITM di Jalan
Othman dalam masa yang begitu singkat telah mengalami kesesakan dengan pertambahan
kursus-kursus profesional baru yang secara tidak langsung melibatkan
pertambahan para pelajar.
Kesan daripada pertambahan kursus-kursus baru
dalam masa yang terdekat itu telah mencetuskan idea penubuhan suatu kampus
utama, dan pada tahun 1972 kampus induk ITM telah dibina dengan megahnya di
sebuah bukit di Shah Alam.
Sejumlah kursus-kursus yang ditawarkan di ITM
telah berpindah ke kampus induk, sementara hanya pengendalian kursus-kursus
Diploma Stenografi (Ilmu Trengkas), Diploma Sains Gunaan dan Diploma Sains
Perpustakaan sahaja yang masih diteruskan di Kampus Jalan Othman.
Pada tahun 1974, hanya kursus
Diploma Stenografi sahaja yang tinggal di ITM Jalan Othman manakala
kursus-kursus Diploma Sains Gunaan dan Diploma Sains Perpustakaan turut berpindah
ke Kampus Induk di Shah Alam..
Sejarah telah tercipta apabila
perpustakaan baru ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun
Abduk Razak pada 29 Julai 1972. Nama perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) diberi
bersempena dengan nama pemimpin tersebut.
Bahagian-bahagian
yang ada pada ketika itu ialah Bahagian Perolehan (kini bahagian Pembangunan
Sumber Ilmu), Bahagian Katalog dan Kelas (kini Bahagian Pembangunan Bibliografi
dan Pemprosesan Teknikal), Bahagian Edaran (kini Bahagian Perkhidmatan
Pelanggan dan Pengurusan Koleksi), Bahagian Majalah (kini Bahagian Jurnal dan Pengkalan
Data), Bahagian Rujukan (kini Bahagian Perkhidmatan Maklumat), Unit Jilid, Unit
Pandang Dengar, Unit Kewangan dan Stor.
RANGKAIAN
PTAR
Pada tahun 1982, PTAR Seksyen 17
Shah Alam yang kini dinamakan PTAR INTEC, Shah Alam telah dirasmikan seiring
dengan penubuhan ITM Seksyen 17 yang menjalankan Program Pengajian Persediaan
tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Oleh kerana bangunan PTAR yang sedia
ada tidak dapat ditambah ruangan berikutan keluasan kawasan yang tidak
mengizinkan maka pada tahun 1986, satu lagi bangunan perpustakaan tambahan
dibangunkan lebih kurang 200 meter dari bangunan PTAR yang sedia ada.
Bangunan perpustakaan tambahan
tersebut dinamakan PTAR 2 manakala bangunan lama menjadi PTAR 1.
Koleksi yang dimuatkan dan
diselenggarakan di PTAR 2 adalah terdiri daripada koleksi bahan rujukan bagi
Kursus Pengurusan dan Perniagaan, Pentadbiran dan Undang-undang, dan juga Perakaunan.
Namun begitu, kursus Perakaunan hanya
berada di PTAR 2 sehingga tahun 2003 sahaja kerana koleksinya telah berpindah
semula ke PTAR 1 disebabkan perpindahan fakultinya ke Menara Sultan Abdul Aziz
Shah pada tahun 2004.
Kini terdapat sejumlah 12 buah
rangkaian PTAR yang terletak di kawasan sekitar Lembah Klang.
PTAR 1 sehingga kini merupakan
perpustakaan induk manakala yang lain telah diiktiraf sebagai perpustakaan fakulti.
Perpustakaan-perpustakaan tersebut
ditubuhkan berdekatan dengan fakulti-fakulti berkenaan bagi memudahkan para
pelajar yang berkaitan menggunakannya.

0 comments:
Post a Comment