Home » » Jejantas suram dan undang bahaya

Jejantas suram dan undang bahaya

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM – Jejantas di seksyen 7 atau lebih dikenali jejantas pusat komersial dibina sekitar tahun 2011 bagi kemudahan pelajar dan juga orang awam, namun fungsi jejantas itu jarang sekali digunakan dan kadang-kala sunyi serta mengundang bahaya kepada pengguna yang bersendirian melalui jejantas tersebut terutama sekali golongan wanita.

Pada bulan November yang lalu telah berlakunya kes peras ugut wang terhadap golongan wanita terutama sekali pelajar ketika melalui jejantas itu kerana keadaan jejantas tersebut yang sunyi serta kurang pengguna menyebabkan pemeras ugut tersebut berani bertindak sedemikian.

Menurut salah seorang mangsa ugut tersebut Siti Shafiqah Binti Drahman, dia telah diugut oleh sekumpulan lelaki yang berada disitu ketika sedang melintasi jalan menggunakan jejantas tersebut dan mengalami kerugian sebanyak RM200 dan sebuah telefon bimbit Samsung.

Mangsa kini berasa takut untuk menggunakan jejantas tersebut selepas kejadian yang menimpanya dan lebih berasa selamat menggunakan bas walaupun dengan jarak yang dekat serta akan lebih berhati-hati apabila melintasi sekumpulan lelaki agar tragedi itutidak berulang semula, katanya lagi.

Pembinaan jejantas di kawasan yang tidak strategik juga merupakan punca jejantas tersebut jarang digunakan oleh orang awam serta boleh berlakunya jenayah dan hal ini kerana orang ramai sering dilihat melintas jalan dan turun daripada bas di bahagian sebelah JAKEL, tidak melalui kawasan jejantas tersebut.

Ramai juga yang tertanya-tanya akan fungsinya jejantas tersebut apabila penggunaan yang yang terhad malah tidak strategi dengan kawasan pembinaannya serta kurangnya keselamatan jikalau menggunakan jejantas tersebut.

Sebagai pengguna awam, mereka bukanlah hendak memboikot pembinaan jejantas tersebut tetapi keadaan jejantas tersebut menyebabkan mereka tidak berasa untuk menggunakannya dan tiada objektifnya untuk mereka menggunakan jejantas tersebut sedangkan perhentian bas berada di tempat yang lain.

Boleh dikaji bahawa hanya 10% orang awam yang menggunakan jejantas tersebut malah mungkin kurang daripada itu serta hanya iklan-iklan daripada organisasi ataupun majlis-majlis sahaja yang sentiasa berada disitu untuk digantung.#
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger