Home » » PALAPES

PALAPES

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


PALAPES adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan Palapes mula diusahakan oleh Brig Jen Dato’ Abul ‘As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979. Ketika konfrontasi Malaysia – Indonesia, Universiti Malaya telah menubuhkan Batalion Infantri Askar Wataniah Universiti Malaya (Bn Inf AW UM) pada April 1965 bagi menyahut seruan mempertahankan negara dari ancaman luar. Apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, mahasiswa tampil mempertahankan negara dengan penubuhan Bn Inf AW Institut Teknologi Mara (ITM kini UiTM).

Palapes telah ditubuhkan secara rasmi di 9 buah IPTA. Penubuhan Palapes adalah berasaskan  kepada peruntukan  perundangan iaitu Akta Angkatan Tentera 1972 Seksyen 196 yang memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera untuk  menubuhkan  pasukan-pasukan sukarela.

Secara rasminya penubuhan Palapes adalah pada tahun 1980 di UM, UiTM, UPM, USM, UKM dan UTM. Ia merupakan program latihan yang diberikan kepada mahasiswa, selain dari melengkapkan mereka sebagai pegawai simpanan ATM. Selain itu, ia juga membantu IPTA juga negara dalam membentuk warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri ketahanan nasional.

Tujuan Palapes ditubuhkan adalah untuk memberi kerjaya kepada mahasiswa yang telah lulus dari institusi berkenaan, samada bertugas sebagai pegawai jangka pendek untuk ATM ataupun di dalam Pasukan Simpanan. Palapes juga bertindak sebagai perintis untuk mewujudkan satu barisan pegawai-pegawai di mana tenaga mereka boleh digunakan apabila negara memerlukan perkhidmatan mereka kelak.

Palapes melatih setiap pengambilan pegawai kadet dalam tempoh 3 tahun secara sambilan. Keseluruhan latihan Palapes adalah digiatkan ke arah memperlengkapkan pegawai-pegawai kadet dengan ilmu ketenteraan yang cukup meyakinkan mereka apabila negara memerlukan mereka di masa akan datang. Keseluruhan disiplin tentera yang diamalkan bertujuan menjadikan mereka sebagai mahasiswa yang berdisiplin dan gagah. Oleh itu, penubuhan Palapes ini secara tidak langsung melahirkan mahasiswa yang berani dan yakin pada diri selain dapat membentuk sikap cinta akan tanah air serta bersedia untuk mempertahankannya. 










Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger