Home » » PRISMA SENI (Julang Seni Malaysia Di Persada Antarabangsa)

PRISMA SENI (Julang Seni Malaysia Di Persada Antarabangsa)

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12

















Bermula dengan penubuhannya pada tahun 2001, Persatuan Mahasiswa Seni kini boleh mendabik dada atas pencapaian mereka dalam menjulang seni Malaysia ke persada antarabangsa. PRISMA SENI yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai program dan bidang yang terdapat dalam kampus dapat mumbuktikan bahawa tiada batasan dalam memperkembangkan seni tari di kalangan pelajar UiTM selaras dengan objektif penubuhannya.

         “Misi PRISMA SENI iaitu merealisasikan konteks seni tari mampan dari aspek ekspresi dan komunikasi dan visi memartabatkan  tinggalan warisan seni dan memperkembangkan nilai seni disamping melestarikan budaya dengan berpandukan prinsip “Lestari Budaya Kekal Bangsa” merupakan asas penubuhan persatuan ini dan segala aktiviti yang diadakan adalah berlandaskan visi dan misi ini, kata pengerusi PRISMA SENI, Ahmad Dzul Azree B. Zulfakar pelajar dari program AP225 Fakulti Seni Bina dan Perancangan Ukur.
  
        PRISMA SENI telah Berjaya membawa nama UiTM ke peringkat antarabangsa dengan beberapa penyertaan ke beberapa buah negara seperti Thailand, Poland, Australia, dan Korea. “Semenjak bermulanya penubuhan PRISMA SENI, kami banyak menyertai pertandingan-pertandingan di dalam negara seperti Festival Seni Tari Malaysia, Zapin MAKUM IPTA, dan banyak lagi. Kami berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kalinya pada tahun 2007 iaitu di Poland sebagai mewakili Malaysia ke 20th International Student’s Festival of Folklore Katiwice 2007, dan juga mewakili Malaysia ke 3rd “Warsfolk” International Folk Festival 2007, Warsaw, Poland”.

          Pada tahun 2008 pula, PRISMA SENI berpeluang mewakili Malaysia ke 50th Anniversary Territory Week Festival di Christmas Island, Australia, diikuti dengan tahun 2009 iaitu PRISMA SENI menjadi hos Lawatan Christmas Island Soccer Federation di Australia. Manakala dua tahun berikutnya iaitu tahun 2010 dan 2011, PRISMA SENi beralih ke Korea untuk menyertai pertandingan Mask Dance Festival, dan pada tahun 2011 PRISMA SENI Berjaya mendapat tempat ke-2 untuk Malaysia” katanya lagi.

         Selain itu, PRISMA SENI juga turut mendapat anugerah persatuan terbaik kategori kesenian dan kebudayaan dalam majlis anugerah persatuan cemerlang UiTM iaitu untuk tahun 2006, 2008, dan 2012 atas kejayaannya membawa nama Malaysia ke persada luar negara disamping membawa nama UiTM. “Anugerah ini merupakan anugerah hasil daripada usaha ahli persatuan PRISMA SENI dan alumni yang banyak membantu dalam menjayakan setiap program yang kita sertai” kata Dzul Azree.

         Kata Dzul Azree “PRISMA SENI juga sering dijemput bagi mengadakan persembahan di majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, persidangan ahli korporat, majlis makan malam, dan sebagainya. PRISMA SENI juga kadang-kala bekerjasama dengan pihak JKKN Selangor untuk membuat persembahan seperti persembahan Merdeka 31 ogos. Kesempatan seperti ini banyak memberI peluang kepada pelajar untuk membina pengalaman selain dapat mencari modal sampingan bagi pembiayaan pembelajaran mereka.

        Semenjak penubuhannya, PRISMA SENI menetapkan malam hari Isnin, Rabu, dan Jumaat sebagai hari latihan kepada setiap ahli lama dan baru yang bermula pada jam 8.30 malam di foyer HEP bangunan Budisiswa. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, nescaya bahawa seni tradisional dapat dipelihara dan ”tak lapuk dek ditelan zaman” sesuai dengan visi PRISMA SENI iaitu “Lestari Budaya, Kekal Bangsa”
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger