Home » » Bahaya menimpa jikalau terleka

Bahaya menimpa jikalau terleka

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM- Pengguna jalan raya di pusat komersial mengadu mengenai masalah jalan raya yang dalam keadaan tidak baik serta boleh mengundang kecelakaan ketika pemanduan.
            Jalan raya yang dalam keadaan tidak diselenggara sering menggangu kelancaran pemanduan para penduduk sekitar pusat komersial, lebih-lebih lagi ketika pemanduan di waktu malam sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan penduduk awam.
            Menurut salah seorang penduduk disitu Encik Asdi Mani, beliau sering berhati-hati ketika memandu di jalan sekitar pusat komersial supaya tidak menjadi mangsa untuk kali kedua kerosakan kenderaan hanya kerana terlanggar jalan yang rosak.
            Nyawa seseorang itu boleh melayang sekiranya kenderaannya terlanggar lubang yang besar dan dalam serta boleh menghancurkan kenderaan yang baru dimiliki ataupun baru diubahsuai.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger