KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pro Canselor Universiti Malaya (UM), Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan graduan supaya bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan dengan bersikap tegas, ikhlas dan gigih.
Titah baginda, prinsip tersebut perlu kerana kekuatan negara akan terbina dengan kukuh apabila ia ditegakkan di atas tiang-tiang kebenaran.
''Para graduan juga perlu berani menegak kebenaran dan menentang kemungkaran kerana negara akan menjadi lemah sekiranya ia melalui kaedah yang tidak betul serta palsu.
"Oleh itu, para graduan perlu melaksanakan tugas dengan rasa tanggungjawab selain tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dengan membantu memberi peluang kepada mereka juga,'' titah baginda ketika merasmikan istiadat Konvokesyen UM 2011 sidang kedua di sini, hari ini.
Baginda bertitah, sikap bertanggungjawab juga hendaklah dibuktikan dengan membantu dan membela golongan kurang berkemampuan dengan mewujudkan peluang yang saksama kepada mereka.
Raja Nazrin turut menyeru supaya graduan mencontohi sikap khalifah kedua dalam Islam, Omar Abd. Aziz yang tidak takbur dengan jawatan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Titah baginda, graduan perlu mengingatkan diri sendiri bahawa tanggungjawab yang diamanahkan itu adalah bonus untuk membantu mereka yang memerlukan.
Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 6,638 graduan menerima anugerah masing-masing melibatkan 309 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), ijazah sarjana (1,931), ijazah sarjana muda (4,232) dan diploma (166).
Raja Nazrin seterusnya mengingatkan graduan yang telah menjadi masyarakat berpendidikan tinggi supaya menyempurnakan tanggungjawab dengan membayar balik pinjaman kewangan apabila telah bekerja.
"Graduan juga perlu membantu dan membalas jasa ibu bapa, para pensyarah dan universiti," titah baginda. -UTUSAN MALAYSIA

0 comments:
Post a Comment