Home » » TLDM Juara Perindu Futsal Challenge

TLDM Juara Perindu Futsal Challenge

Written By Jurnalis Shah Alam on Wednesday 26 October 2011 | 26.10.11

Shah Alam: Walaupun dengan keadaan gelanggang yang basah, tetapi tidak menghalang pasukan TLDM (Teratai Layu Ditasik Madu) untuk meraih gelaran juara setelah menewaskan pasukan Bang Bang Boom 3-2 dalam Perindu Futsal Challenge 2011 baru-baru ini.

Terbukti kehebatan pasukan ini terserlah apabila Wafiq Wajidi berjaya menyumbat dua gol pada separuh masa pertama dan kedua.

Pasukan pihak lawan, Bang Bang Boom kemudiannya membalas dengan gol sulung mereka pada minit ke 6 dan berjaya menyamakan kedudukan mereka dengan pasukan TLDM pada minit ke 7.

Gol seri pada kedua-dua pasukan membuatkan pasukan TLDM terus mara dan beraksi lebih ganas di dalam gelanggang

Mohd Aizat Jaini juga ketua pasukan TLDM, menghadiahkan gol penentuan besar buat pasukannya dengan tendangan lincah beliau pada minit-minit akhir perlawanan di separuh masa kedua.

GEMBIRA..Pengurus pasukan TLDM, Razren Jesni (paling kanan) dengan kemenangan anak buah beliau


Pengurus pasukan, Razren Jesni berkata, walaupun pasukan mereka baru ditubuhkan namun, mereka mampu melayakkan diri dalam mana-mana perlawanan.

Walaupun dengan hanya tiga hari latihan sebelum tibanya hari perlawanan, ianya bukanlah penghalang bagi pasukan TLDM untuk mengalah, tetapi mencabar diri mereka sendiri supaya mereka layak ke peringkat final.

“Saya juga begitu terharu kerana walaupun kami tidak berlatih dengan jangka masa yang lama, tetapi kemenangan ini cukup membuktikan yang pemain benar-benar bermain dengan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Terbukti tanpa beberapa pemain lain seperti Mohd Yaasin Mohd Nur, Shaiful Hazmi Salleh, Ahmad Shahir Sham Shani, Muhammad Hidayat Kamarudin dan Mohd Shafiq Savi, pasukan TLDM tidak mungkin muncul sebagai juara Perindu Futsal Challenge 2011.

Sebanyak 38 pasukan berentap pada hari tersebut dan ini membuktikan pasukan juara bukan calang-calang pasukan kerana kebanyakan pasukan lain bermain dengan teratur.

“Sudah pasti kemenangan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ada beberapa pasukan yang saya perhatikan begitu hebat di gelanggang dimana begitu mencabar kebolehan TLDM,” ujarnya.

Oleh Norsiah Mohd Ramli
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger