Home » » Persaingan sihat kunci kejayaan

Persaingan sihat kunci kejayaan

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 27 October 2011 | 27.10.11

SHAH ALAM: Debaran semakin kencang menjelang Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) dan persiapan sudah mula berjalan bagi menyambut acara tersebut. Antaranya, beberapa perlawanan persahabatan seperti sukan futsal dan ragbi diadakan bagi tujuan “memanaskan badan”.

“Penglibatan pelajar pada semester ini amat menggalakkan dan setiap pasukan yang bertanding masing-masing memberi saingan sengit” kata Najwa Abdul Rahman, 22, salah seorang peserta Kejohahan Futsal Wanita yang diadakan baru-baru ini.

Melalui hasil pemantauan media ke beberapa fakulti, ramai pelajar telah pun mendaftarkan nama mereka untuk mewakili fakulti masing-masing untuk bertanding dalam acara SAF yang bakal berlansung pada bulan Disember tahun ini.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk menguji kemampuan fakulti masing-masing dan setiap pasukan lebih sedar akan kemampuan mereka dan berusaha lebih gigih lagi,” kata Dzul Azree, 22, salah seorang atlet UiTM.

“Ketika perlawanan, kami akan bermain bersungguh-sungguh untuk menang, tetapi di luar permainan kami adalah sahabat,” kata Rosmizah, 22 dari Fakulti Kejuruteraan.

Memang tidak dinafikan kemenangan adalah penting tetapi bagi sesetengah pihak bertanding dan mendapat pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga kepada sesebuah pasukan agar ia dapat dijadikan tanda aras keupayaan pasukan.

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah paintball, tenpin bowling, badminton, futsal, dan banyak lagi.

Sukan di dalam universiti bukanlah bertujuan untuk menentukan “ranking” antara fakulti tetapi sebaliknya ia bertujuan merapatkan lagi hubungan antara fakulti dengan bersaing secara sihat dan berkenalan sesama pelajar.

SAF adalah salah satu acara yang dipertandingkan setahun sekali yang diselang-selikan dengan acara Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKOL).


Oleh Remar Nordin
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger