SHAH ALAM - Permain bola sepak ATM, Amirdzwan Taj Tajudin dan atlet memanah kebangsaan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 sempena Majlis Anugerah Sukan UiTM 2011 bertempat di Hotel De’ Palma Shah Alam, 16 Mac lalu.
Amirdzwan Taj Tajudin dinobatkan sebagai olahragawan berdasarkan kecemerlangan beliau meraih satu emas dalam Liga IPT, satu emas Liga KPT di samping menyertai World Universiade Games dan International Friendly Games.
“Saya tidak menjangka memenangi anugerah ini kerana pencapaian calon –calon yang lain sangat baik. Walaubagaimanapun, anugerah ini menyuntik semangat saya untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Sri Lanka pada 28 April ini,” katanya yang merupakan pelajar lepasan Sarjana Muda Sains Sukan UiTM.
Dalam masa yang sama Fatin Nurfathehah Mat Salleh dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawati UiTM berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam memenangi satu emas, satu perak dalam Sirkit Kebangsaan I dan dua emas, satu perak dalam sirkit Kebangsaan II selain pernah mewakili Negara dalam World Universiade Games, Sea Games dan Asian Archery Championship pada tahun 2011.
Menurut Fatehah, beliau sangat gembira dan teruja memenangi anugerah ini memandangkan persaingan sangat sengit dan kemenangan ini menjadi pencetus semangat untuk menghadapi perlawanan pada musim yang akan datang.
Mereka menerima Sijil Anugerah, Blazer Universiti dan wang tunai RM 1,000 daripada Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia yang merasmikan majlis berkenaan.
“Setiap pihak perlu melakukan sesuatu pemantauan bagi melihat mutu sukan diangkat satu tingkat lebih tinggi bukan sahaja dari pihak kerajaan, malah universiti turut perlu memberi idea bagi memecah kebuntua,” kata Annuar.
Pada majlis tersebut terdapat 13 kategori dipertandingkan dan seramai 166 orang pemenang telah dinobatkan.
Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Emas, Anugerah Perak, Anugerah Gangsa serta Anugerah Sijil Penghargaan, Pengurus Cemerlang dan Jurulatih Cemerlang.
Annuar berkata, majlis ini merupakan satu saluran pendorong dan landasan kepada para atlet dan penggiat sukan untuk terus mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
“Di samping itu, anugerah ini diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet negara yang berstatus graduan,” katanya.
Pada majlis tersebut, Annuar turut menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Dr. Abdul Kadir Rosaline dan Anugerah Tokoh Sukan Alumni kepada Tuan Syed Akmal Syed Yusuf.
Turut menerima hadiah Anugerah Khas Universiti bagi tahun 2011 ialah Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang mewakili negara dalam acara memanah, Shazrul Imran Nazli, Mohd Zulhairi Hashim dan Muhammad Hafiz Zainol masing masing mewakili pasukan hoki.
Dalam pada itu, Anugerah Pasukan Cemerlang disandang oleh pasukan renang kuarter lelaki yang berjaya merangkul tiga emas dan tiga rekod kejuaraan dalam Kejohanan Majlis Sukan Malaysia (MASUM) 2011.
Pegawai Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shahrin Ismail berkata, anugerah tahunan itu adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan diberikan setiap atlet dan pegawai yang berjaya mengharumkan nama UiTM dalam arena sukan, sama ada di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.
“Di samping itu, ia juga diharap dapat membakar semangat pelajar untuk lebih aktif pelajar dalam bidang sukan bagi mengharumkan nama UiTM dan negara,” katanya.

0 comments:
Post a Comment