SHAH ALAM - Kelab Bahasa dan Budaya Melayu (KEBAYU) di bawah naungan Fakulti Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam baru-baru ini telah mengadakan suatu ujibakat bersempena dengan sambutan Pesta Apresiasi Budaya dan Malam Gala Budaya di Dewan Serbaguna Kolej Perindu, UiTM Shah Alam.
Walaupun program ujibakat ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh pihak KEBAYU, namun ia membuktikan kemampuan kelab ini yang baru mula berjinak dalam menganjurkan program ujibakat dengan jumlah penyertaan yang memberangsangkan daripada para pelajar.
Menurut Nurainina binti Rasidan yang merupakan timbalan pengarah program, memberitahu bahawa ujibakat ini adalah terbuka kepada semua pelajar daripada UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, Uitm Puncak Perdana, dan Intekma.
Pada asalnya, pihak KEBAYU ingin mengadakan dua aktiviti ini secara berasingan, bermakna Pesta Apresiasi Budaya diadakan pada hari yang berlainan dengan Malam Gala Budaya.
Namun, disebabkan oleh faktor kesuntukan masa, program ini digabungkan menjadi satu program.
Penasihat KEBAYU, Cik Saliza bt Ismail yang juga salah seorang pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa berkata program yang dianjurkan dengan kerjasama pihak Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam ini adalah untuk memperkenal dan mendedahkan budaya masyarakat Melayu.
Program itu juga selaras dengan fungsi utama kelab itu, KEBAYU bertanggungjawab dalam memastikan setiap pelajar memahami dan mengenali setiap budaya dan amalan rakyat di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu.
Sehubungan itu, setiap pelajar yang menyertai ujibakat wajib memilih sebarang nyanyian atau tarian yang berunsurkan irama Malaysia.
Turut ditemubual Mohd Uzir bin Zubir yang juga merupakan timbalan pengarah program berkata pihak KEBAYU sepakat untuk mengadakan program ujibakat di kalangan para pelajar kerana mereka merasakan ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan KEBAYU.
Mereka berharap melalui program sebegini, KEBAYU akan dikenali lebih ramai pelajar seterusnya menggalakkan pelajar untuk turut serta dalam apa jua program yang akan dianjurkan kelak.
Jelas beliau, antara objektif lain program ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara fakulti dengan kolej, serta memupuk semangat kecintaan terhadap warisan yang turun-temurun agar tidak lapuk ditelan zaman.
Program ini merupakan suatu program yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh pihak KEBAYU dan mereka berharap projek pertama mereka ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khasnya pihak KEBAYU sendiri.
Salah seorang peserta ujibakat daripada UiTM Shah Alam, Norashikin Mohd Johari, 25, berkata program sebegini harus dijadikan budaya pada setiap semester bagi mencungkil lebih ramai bakat baru yang mampu mengharumkan nama UiTM seterusnya memartabatkan warisan Melayu terutamanya daripada perspektif seni.
Ujibakat Pesta Apresiasi Budaya dan Malam Gala Budaya ini telah diadili oleh tiga orang juri yang berkelulusan sarjana dalam bidang muzik dan mereka adalah Megat Mohd Affiq bin Abd Latiff, Wan Haris bin Wan Ismail serta Nurafiqah binti Mohd Seth.

0 comments:
Post a Comment