Home » , » Parlimen berikan pengalaman berharga kepada mahasiswa UiTM

Parlimen berikan pengalaman berharga kepada mahasiswa UiTM

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 26 April 2012 | 26.4.12

Bangga... Mahasiswa UiTM bersama Tan Sri Abu Zahar Ujang


SHAH ALAM - Seramai 20 orang mahasisiwa UiTM telah diberikan peluang untuk menyaksikan perdebatan di Parlimen Malaysia secara langsung pada 28 Mac 2012 yang lalu.

Perdebatan yang berlangsung di Dewan Rakyat menyaksikan para pelajar begitu teruja dan bersemangat untuk mendengar isu-isu yang dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan.

Menurut salah seorang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan, Mohd Faizol Hashim, 23, berkata “Di Parlimen pelajar dapat melihat sendiri bagaimana suasana perdebatan berlaku antara wakil rakyat dan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu semasa yang sedang digembar-gemburkan oleh media tempatan."

Pelajar dari Fakulti Perakauan, Mohd Zikri, 21, pula memberikan pandangan yang berbeza. Menurutnya dengan pendedahan seperti ini, pelajar akan lebih mengetahui dengan lebih terperinci dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem parlimen di Malaysia.

Malah para pelajar juga diberikan peluang bertemu dan beramah mesra dengan Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Menurut beliau, "Saya masih ingat dulu institusi ini kenali sebagai ITM, sekarang UiTM. Ini membuktikan bahawa kesedaran pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Aminuddin Baki, Dato’ Onn Jaafar dan lain-lain yang memikirkan nasib bangsa Melayu."

Tambah beliau lagi, Pelajar UiTM adalah pendukung generasi keturunan bangsa kita. Oleh itu, jangan lupa asal-usul kerana kita lah yang bakal memperjuangkan nasib bangsa kita sendiri”, katanya. 

Sehubungan itu, Tan Sri Abu Zahar Ujang menyeru agar para pelajar harus sedar akan realiti dan menghargai penjuangan pemimpin-pemimpin negara yang telah banyak berbakti demi keamanan dan kedaulatan negara,agama dan bangsa.

Apabila ditanya pendapat beliau berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13, Tan Sri Abu Zahar berkata, “Sebagai mahasiswa dan mahasiswi kita harus ingat sesebuah parti tidak kotor, yang kotor orang yang mengotorkan parti tersebut."

Tambah beliau lagi isu agama Islam jangan di politikkan, kita sebagai pengundi harus tahu makna sebenar kerajaan demokrasi berpalimen ialah kerajaan oleh rakyat bagi rakyat untuk rakyat.

Di akhir pertemuan, beliau menasihati bahawa, “Selagi kita hidup, carilah ilmu sampai ke negara China, anggap kita akan mati esok hari."



Wartawan: Nur Fatihah Yunus
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger