SHAH ALAM – Program ‘Diploma Show’ di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) yang diadakan baru-baru ini membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar jurusan Teknologi Percetakan di dengan kehadiran pihak industri luar seperti Syarikat Green Art Media dan Syarikat Mega Print Solution ke program tersebut.
Pensyarah merangkap Penyelia program tersebut, Encik Irwan Zakaria, “Menerusi program ini para pelajar dapat menunjukkan hasil kerja mereka sendiri kepada pihak luar dan seterusnya membuka peluang kepada para pelajar dengan tawaran pekerjaan daripada pihak syarikat yang turut sama hadir pada program tersebut,
“Selain daripada tujuan memeriahkan program diploma show ini, kedatangan pihak luar seperti Green Art Media ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai industri percetakan sebenar kepada para pelajar.”
Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula daripada 28 Mac hingga 30 Mac 2012 dan pelajar yang terlibat adalah seramai 36 orang pelajar yang merupakan generasi ke 27 dalam jurusan teknologi percetakan di FSSR ini.
Salah seorang pelajar yang turut terlibat dalam program itu menyatakan bahawa program seperti ini adalah sangat bagus kepada pelajar kerana beliau dapat memperluaskan bakatnya kepada industri sebenar.
Muhammad Irfan Mohd Nakhil, 21, “Sepanjang program ini, saya amat gembira kerana mengenali secara lebih mendalam lagi mengenai industri luar dan berasa lebih yakin untuk bekerja di industri ini selepas tamat belajar nanti.”
Selain daripada mensasarkan matlamat untuk memberi peluang kepada pelajar mempromosi hasil kerja mereka kepada pihak industri luar, program ini turut bermatlamat untuk menunjukkan hasil kerja kepada para pelajar daripada jurusan yang berlainan.
Program ini adalah merupakan susulan agenda selepas para pelajar dinilai tahap pencapaian mereka menerusi pembentangan projek tahun akhir pada 2 hari sebelum program ini berlangsung.
Penilaian tahap pencapaian adalah penting dan wajib kepada setiap pelajar tahun akhir yang terlibat bagi memenuhi keperluan subjek mereka bagi menyempurnakan proses pembelajaran dalam jurusan tersebut.
Menerusi penilaian tersebut, para pelajar akan dinilai tahap pengetahuan dan pemahaman mereka berkaitan dengan Teknologi Percetakan dan dapat memberi penerangan dari segi proses permulaan hasil kerja hingga ke peringkat penyudahan.
Pensyarah di jabatan itu turut menyatakan pendapat bahawa program ini perlu diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali jurusan ini dengan lebih mendalam.
Oleh itu, beliau berharap program ini akan terus menjadi kewajipan dalam proses pembelajaran untuk para pelajar di jabatan itu dan seterusnya dapat menambahbaik subjek yang sedia ada untuk kebaikan generasi yang akan datang.

0 comments:
Post a Comment