![]() |
| Gambar hiasan |
Cinta kampus telah menjadi satu trend dewasa ini bagi mereka yang bergelar seorang pelajar atau lebih tepat lagi, seorang mahasiswa sedangkan tugas mereka sebagai seorang mahasiswa adalah untuk menimba ilmu di universiti.
Kononnya dengan memiliki pasangan semasa bergelar pelajar sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan setelah seharian menghadiri kuliah dan menyelesaikan tugasan yang sememangnya menjadi garam di dalam kehidupan seorang mahasiswa.
Mungkin ada kebenarannya di situ. Kita hanya manusia biasa dan kadang-kadang mudah kalah kepada tekanan persekitaran, oleh itu pelajar memerlukan sokongan daripada bukan sahaja keluarga tetapi juga daripada pasangan.
Tetapi yang kurang enak di dengar pada hari ini ialah mahasiswa mahasiswi kita yang sering menyalahgunakan kebebasan untuk “bercinta” dengan berlaku sumbang di khalayak ramai tanpa segan silu.
Memang tidak salah untuk bercinta didalam kampus tetapi mahasiswa dan mahasiswi perlu tahu batasannya, terutama sekali yang beragama Islam.
Berdua-duaan bersama pasangan yang bukan muhrim adalah berdosa kerana dapat menjerumuskan seorang individu itu ke lembah maksiat.
Menurut artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia pada tahun 2000, pensyarah daripada Jabatan Psikologi dan Awal Kanak Kanak Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Md Nor memberikan pendapat bahawa cinta yang terbit sewaktu dikampus adalah kerana mahasiswa hari ini memerlukan sokongan sosial dan emosi dalam menongkah arus sebagai seorang pelajar.
Cinta dan kasih sayang manusia itu merangkumi tiga elemen penting iaitu tanggungjawab, komitmen dan keghairahan.
Tambahnya didalam artikel tersebut, interaksi diantara pasangan bercinta ini akan wujud setelah masing masing mula meluahkan perasaan ataupun masalah masing-masing seterusnya menerbitkan tarikan seksual.
Kebanyakkan mahasiswa hari ini mudah terlupa dengan niat sebenar mereka ke kampus. Interaksi yang wujud diantara pasangan bercinta ini yang akan mendorong mereka ke dalam hubungan seks tanpa ikatan yang sah.
Dr. Mariani mengklasifikasikan hubungan seks tanpa ikatan yang sah ini sebagai cinta berahi kerana tidak ada matlamat untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan.
Walaubagaimanapun, penulis percaya ada lagi mahasiswa dan mahasiswi kita hari ini masih lagi berpegang teguh kepada ajaran agama dan rasa hormat kepada keluarga.
Ramai juga mahasiswa dan mahasiswi yang bercinta di kampus mengakhiri zaman bujang mereka di jinjang pelamin.
Siswa dan siswi yang jodohnya sehingga ke jinjang pelamin adalah pelajar yang mampu membezakan cinta berahi ataupun cinta yang ikhlas.
Wartawan: Raja Puteri Nabiha Raja Ayub

0 comments:
Post a Comment