Home » » PPMK tiada penggunaan kertas

PPMK tiada penggunaan kertas

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 15 May 2012 | 15.5.12

SHAH ALAM - Usaha yang ditunjukkan oleh pihak Fakulti Sains, Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi MARA Shah Alam patut diberi pujian oleh pihak atasan kerana berjaya mengambil inisiatif pertama bagi menganjurkan sebuah pertandingan mencabar minda matematik para pelajar sepenuhnya melalui dalam talian.

Pada April lalu, pihak FSKM telah mengadakan suatu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Permodelan Matematik Kebangsaan (PPMK).

Segala proses penyertaan dan pengadilan diadakan secara dalam talian julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan lebih membanggakan ia mendapat sambutan hangat daripada hampir semua institusi awam dan swasta di seluruh negara. 

Menurut Prof. Dr. Arsmah Haji Ibrahim, pengerusi projek ini, “kami membuat keputusan untuk memilih langkah mengadakan pertandingan secara dalam talian adalah kerana kami merasakan prosedur secara dalam talian dapat menjimatkan banyak kos.

"Kos tersebut boleh digunakan bagi tujuan pengurusan ganjaran atau hadiah buat para peserta dan tidak perlulah membazir untuk upacara perasmian dan segala macam yang tidak begitu penting.”

Pihak beliau menerima penyertaan lebih daripada 213 orang pelajar merangkumi 17 buah universiti.

“Sambutan yang diberikan adalah di luar jangkaan pihak kami kerana pada peringkat awalnya, pihak kami agak ragu-ragu untuk mengadakan pertandingan ini lantaran ini adalah projek sulung yang melibatkan penyertaan pada peringkat kebangsaan bukannya di peringkat UiTM.”

Pertandingan yang mendapat sokongan kuat daripada pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia ini telah dirancang sejak Ogos 2011 dan banyak cabaran telah ditempuhi bagi mengadakan pertandingan ini.

Encik Mohd Azdi Maasar, setiausaha projek, “pihak kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan tajaan daripada banyak pihak kerana mereka tidak yakin dengan kejayaan projek ini memandangkan pertandingan ini adalah yang pertama di Malaysia.”

Jika dilihat daripada sudut masalah penyertaan pula, pada peringkat awalnya, hanya beberapa buah universiti sahaja yang mengambil bahagian.

Namun, setelah beberapa hari penyertaan bertambah ramai dan pihak FSKM yakin dan percaya bahawa promosi yang dibuat oleh pihak grafik merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini.

Soalan-soalan yang tertera di laman web pertandingan adalah digubal oleh panel khas pensyarah FSKM yang diketuai oleh Prof. Dr. Daud Mohamad dan kesemua soalan adalah berunsurkan model matematik.

Pertandingan Mencipta Model Matematik ini adalah bertujuan untuk mencabar minda matematik para pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan dan bagi memberi ganjaran kepada para pelajar yang kreatif dalam menyelesaikan permasalahan matematik.
Share this article :

1 comments:

Anonymous said...

��

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger