Home » » Sertai kelas renang bersama UiTM

Sertai kelas renang bersama UiTM

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 5 June 2012 | 5.6.12

Hanya RM80 untuk 10 sesi


SHAH ALAM – Bagi mempromosi dan membudayakan renang sebagai satu riadah yang bermanfaat, pusat sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan kursus renang kepada para pelajar dengan harga yang rendah.

Kursus yang bertempat di kolam renang UiTM Shah Alam dijalankan pada setiap hujung minggu terbuka kepada pelajar sepenuh masa lelaki atau wanita yang ingin mempelajari dan mengetahui cara berenang.

Dengan bayaran kursus serendah RM80, pelajar akan dilatih secara berkumpulan seramai 7 orang dan diterapkan dengan teknik-teknik renangan bagi meningkatkan kemahiran asas berenang.

Melalui kursus ini, pelajar akan mengikuti 10 hari sesi latihan belajar selama 5 minggu berturut-turut yang diadakan pada setiap pada hari Sabtu dan Ahad.

Bagi setiap sesi latihan berkumpulan, instruktor berpengalaman yang merupakan warga UiTM sendiri akan ditempatkan bagi melatih para pelajar dengan teknik renangan seperti kuak lentang dan gaya bebas.

Menurut Pembantu Am Pejabat Kanan Pusat Sukan UiTM, Hashim Hamid, harga yang ditawarkan untuk kursus renang ini sememangnya berpatutan dan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di luar.

“Selalunya harga yang ditawarkan di pusat akuatik luar dan kolam renang awam agak mahal sehingga mencecah ratusan ringgit,”jelasnya “Jadi, memahami kekangan yang dialami pelajar, kami menawarkan harga serendah RM80 untuk 10 kali sesi pembelajaran,” ujar beliau.

Tambah Hashim, setelah memasuki sesi ke 5, kebiasaanya para pelajar yang menyertai kursus ini sudah mudah mendapat rentak dan mudah menguasai teknik berenang.

Bagi mengalu-alukan penyertaan, kursus ini juga dibuka kepada orang luar sama ada dewasa mahupun kanak-kanak yang berminat mempelajari cara berenang, ingin memperbetulkan teknik renang atau meningkatkan kemahiran renang dengan tawaran harga yang berbeza.

Mereka yang ingin belajar dan mengikuti kursus berenang, boleh mengunjungi kolam renang UiTM Shah Alam yang dibuka pada setiap hari Isnin higga Ahad kecuali cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam atau menghubungi di talian 03-55445622 dan melayari kolamrenanguitm.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
Share this article :

1 comments:

Anonymous said...

satu sesi berape jam ye ?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger