Home » » Taman rekreasi terbiar, bahayakan pengunjung

Taman rekreasi terbiar, bahayakan pengunjung

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM - Keadaan fasiliti di taman reakrasi berdekatan kediaman menteri di Seksyen 7 yang kotor dan terbiar serta keselamatan pegunjung yang tidak terjamin dan juga keadaan air yang keruh dan kotor jelas terpampang jika anda melalui kawasan taman reakrasi berdekatan kediaman menteri yang terletak di Seksyen 7.
Skuad Jurnalis Shah Alam membuat tinjauan di taman reakrasi ini. Keadaan taman reakrasi yang sunyi yang boleh mengundang jenayah jelas kelihatan, semak samun tidak dibuang dan tiada lampu pada waktu malam.
Keadaan taman reakrasi yang terbiar dan menakutkan ini menyebabkan tiada orang awam mengunjunginya dan ianya menjadi tempat berehat untuk warga asing seperti warga Bangladesh dan warga Indonesia.
Skuad Jurnalis Shah Alam cuba mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Taman dan Reakrasi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenai isu ini, tetapi nampaknya gagal kerana tidak mendapat maklum balas yang positif.
Taman reakrasi ini tidak sepatutnya dibuka kepada orang awam jika pihak MBSA tidak  menguruskannya dengan baik.
Jika dibiarkan berterusan, kemungkinan kes jenayah berlaku akan berlaku di sini adalah tinggi.
Orang awam yang mahu melakukan aktiviti riadah bolehlah mengunjungi kawasan taman tasik dan reakrasi di Seksyen 2 dan Seksyen 7 berdekatan Universiti Industri Selangor kerana lebih terjamin dan selamat.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger