Home » » Usaha polis bantuan UiTM banteras jenayah dipuji

Usaha polis bantuan UiTM banteras jenayah dipuji

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


Kerjasama dan hubungan baik yang ditunjukkan polis bantuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam membanteras kes jenayah terutamanya dalam kes yang melibatkan kecurian kenderaan di kawasan sekitar mendapat pujian pihak polis.

Menurut Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhammad Idzam Jaafar, kerjasama dan hubungan antara polis bantuan UiTM dengan pihak polis Shah Alam adalah sangat baik dan pihak polis sangat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh polis bantuan UiTM dalam menjaga keharmonian dan ketenteraman penduduk sekitar.

"Mereka bukan sahaja memastikan keselamatan pelajar UiTM yang tinggal di luar kampus terjamin malah secara tidak langsung mereka juga turut menjaga keselamatan komuniti itu secara keseluruhannya.

Tambah Idzam lagi, setakat ini jumlah kes jenayah yang berlaku di sekitar kawasan seksyen 7 adalah rendah dan ia adalah hasil daripada kerjasama berterusan antara pihak polis dengan polis bantuan UiTM.

"Kerjasama seperti inilah yang sangat kita harapkan. Saya harap hubungan ini dapat terus dikekalkan demi menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk sekitar," ujarnya lagi.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger