Rasulullah contoh terbaik

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 21 June 2012 | 21.6.12

SHAH ALAM - Suatu program ceramah telah dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Kursus Pengajian Perhubungan Awam dengan tajuk “Toleransi Dalam Komunikasi”.

Ceramah tersebut diadakan bagi menerangkan kepentingan berkonumikasi dengan baik terutamanya melalui komunikasi secara bersemuka berbanding menggunakan teknologi yang sedia ada pada masa kini.

Ceramah yand diadakan itu telah disampaikan oleh juara rancangan realiti Imam Muda musim pertama iaitu Imam Muda Asyraf.

Sewaktu sesi ceramahnya, beliau menjelaskan Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kerana baginda akan menysesuaikan cara berkomunikasi mengikut keadaan dengan siapa baginda perlu berkomunikasi.

Selain itu, kita juga perlu menerapkan sikap menghormati pendapat orang lain dan pada masa yang sama kita harus membuang sikap suka menyalahkan orang lain agar komuniksai yang baik akan dapat dijalankan.

Sewaktu sidang media berlangsung, beliau diminta mengulas mengenai peranan media dalam mendidik remaja.

Imam Muda Asyraf berpendapat, media tidak harus sewenang-wenangnya mensensasikan sesuatau isu terutamanya isu negatif yang melibatkan remaja.

Menurut beliaun lagi, jika perkara tersebut berlaku, media seolah-olah cuba mengajak remaja agar mengikut perkara negatif tersebut.

Beliau pada masa yang sama berharap,berita mengenai kejayaan para remaja akan diberikan lebih fokus kerana ini mampu menjadi inspirasi kepada remaja-remaja yang lain untuk turut berjaya.

Mengenai isu pelajar universiti terlibat dengan kegiatan politik, beliau berpendapat masih terlalu awal untuk para pelajar terlibat dengan kegiatan politik.

Tidak salah untuk mengambil tahu mengenai isu-isu politik kearana ini akan menjadikan para pelajar tahu mengenai isu-isu semasa , ujarnya lagi semasa sidang media tersebut.

Program tersebut turut diserikan dengan pertunjukan fesyen dan persembahan akustik sebelum program ceramah tersebut bermula.

Berita selanjutnya. Dapatkan jurnalis shah alam :)

Indie band libat diri dalam konsert amal

SHAH ALAM - Kegilaan terhadap artis kumpulan indie telah mencetuskan fenomena di kalangan peminat terutamanya golongan muda kerana muzik yang dihasilkan mengikut rentak generasi pada masa kini.

Fenomena ini boleh telah menjadikan artis kumpulan indie sebagai idola kepada generasi muda dan penglibatan mereka dalam sesuatu majlis boleh menarik perhatian dan sokongan peminat dalam menjayakannya.

Segelintir masyarakat menganggap penghibur seperti mereka hanya mementingkan wang dan dunia glamor sahaja dan tidak penah menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan.

Tanggapan ini adalah salah sama sekali, kerana masa kini ramai artis-artis kumpulan indie terlibat dalam menjayakan konsert-konsert amal bagi mengutip dana untuk badan-badan kebajikan.

Penghasilan genre muzik mereka yang menjadi kegilaan generasi muda pada masa kini, secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai untuk hadir menyumbang dan menjayakan majlis amal tersebut.

Baru-baruini, majlis amal mengutip dana untuk rumah anak atim yang dianjurkan oleh pelajar pengiklanan UiTM Shah Alam telah menjemput ramai artis-artis kumpulan indie untuk memeriahkan majlis tersebut.

Menurut Muhammad Fakhri Saub salah seorang penganjur majlis, promosi untuk majlis ini agak lambat dilakukan tetapi kerjasama yang diberikan oleh artis-artis kumpulan indie ini amatlah dihargai kerana mereka sudi meluangkan masa walaupun jadual aktiviti mereka yang agak padat.

“Mereka juga tidak mengenakan bayaran terhadap persembahan yang dilakukan kerana majlis amal ini dianggap sebagai salah satu aktiviti kebajikan kepada masyarakat”, katanya lagi.

Menurut Izzue Islam salah seorang ahli kumpulan Fourteen, konsert amal ini selain dapat merapatkan artis dengan peminat mereka juga dapat menyumbang kepada masyarakat dari segi memeriahkan majlis dan menarik orang ramai untuk menjayakan majlis tersebut.

Majlis tersebut juga dijayakan dengan kehadiran artis seperti Shahzamer, Asmi dari juara vocal bukan sekadar rupa dan ramai lagi. Diharap ramai lagi artis-artis tempatan menglibatkan diri dalam menjayakan aktiviti amal kerana penglibatan mereka amatlah dihargai dan memberi sumbangan yang besar tanpa mereka sedari.

Hijab: Tuntutan atau trend?

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 14 June 2012 | 14.6.12


Kini kita dapat lihat semakin ramai kaum wanita membuat keputusan untuk berhijrah. Berhijrah di sini bukanlah bermaksud berpindah tetapi berhijrah kearah berhijab. Kewujudan ikon yang berhijab seperti Hana Tajima, seorang pereka fesyen terkenal, Yunalis Zarai, penyanyi dan juga duta bagi beberapa jenama terkenal, Diana Amir, pelakon dan ramai lagi ikon tanah air turut menyumbang bagi penghijrahan ini.

Dengan kewujudan ikon-ikon ini, semakin banyak fesyen bagi mereka yang berhijab diperagakan. Namun satu persoalan kini kian dipertanyakan. Adakah peningkatan wanita memakai hijab kerana tuntutan atau sekadar mengikut trend atau ikon kesukaan mereka?

Peningkatan pendedahan fesyen bagi mereka yang memakai hijab adalah satu perkara yang bagus. Hal ini kerana bagi wanita yang memakai hijab, mereka tidak perlu risau tentang pilihan pakaian mereka akan menjadi terhad.

Menurut Ustaz Haslin Baharim dalam salah satu ceramah beliau, mereka yang bergiat dalam industri fesyen telah memperkenalkan tudung sebagai salah satu cara untuk bergaya.

“Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung itu sebenarnya amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita untuk bertudung. Jika ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu menarik, maka tidak salah mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya.

“Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan kerana telah menarik minat wanita yang tidak bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang digalakkan dalam Islam,” demikian ulasnya lagi.

Namun bagi wanita yang sudah pun berhijab atau mahu berhijab, mereka perlu memakainya dengan niat untuk mengikut syariat Islam dan bukan sekadar mengikut aliran fesyen. Wanita harus ingat, selain dari sebati dengan kecantikan wanita juga harus sebati dengan kesederhanaan.

“Tidak mengapa jika wanita ingin memakai hijab tetapi mengikut fesyen pada masa yang sama. Asalkan mereka bersikap sederhana dan mengikut tuntutan syarak. Terpulang kepada mereka nak pakai tudung berlilit, turban atau apa cara sekalipun, yang penting mereka bukan sekadar menutup rambut,” kata Nur Hanani Hassan, pelajar Fakulti Pendidikan.

Persoalan yang ingin ditanya kepada kaum wanita adalah memakai hijab ini ada tuntutan ataupun trend? Niat di hati yang kita yang tahu. Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Semoga perbuatan dan niat kita tidak terpesong dari apa yang dituntut.

Abandoned cats and dogs; we need love too

One of the cats - a kitten in the pound, caged and looked pitiful, as if it wants affection.


Animals are such agreeable friends - they ask no questions, they pass no criticisms. - George Elliot 

Dogs have always been known as man’s best friends. However, it does not just limit to dogs as man’s best friends. The two top choices as pets are dogs and cats. With their witty character, big, round eyes that can melt people’s heart, people often fall for it and take them as their pet.

These two pets are always welcome at home, being fed, bathe and treated just like they are part of the family members. Sadly, these are only for the lucky cats and dogs. They have been chosen from various pet shops.

How about cats and dogs from animal shelters? Quite a number of people may not know this but animals from animal shelters used to be stray cats and dogs or have been abandoned by their previous owners. Even though they may not be accessorized like their friends from pet shops, they need an equal love and attention from human being.

They too hope and wish someone will choose them as a pet. However, people prefer to search for pet at pet shop rather than animal shelter. Hence their chances to be adopted are a lot smaller. Stray or abandoned cats and dogs usually have a shorter life span as compared to those from pet shops. Most animals sold in pet stores come from mass-breeding facilities called puppy mills.

The puppies and kittens are typically taken from their mothers at an early age and sent to pet shops to be sold. They are taken care of while waiting for them to be adopted. As for animals from animal shelters, they had to learn to live on their own. Stray cats and dogs we often see, being abused by people just because they ask for food, getting hit by cars while they are crossing the road, or mating with various partners.

Many may not know but cats and dogs who often mates with different females, they are likely to be exposed to cancer. Cats and dogs from the animal shelters just want to be heard and be loved. Some people have misunderstanding or misperception on these animals. Their perception on animals from animal shelters is they are not friendly or infected with disease whereas they are not. Some of the animals may need time to warm up with people a lot longer than the rest.

This is because they might have been abused or have trust issues with people. To adopt an animal, it is advisable for you to have a nice and comfortable house. Animal needs their own space to run around and relax. Besides that, you need enough money to provide them with nutrition food and a regular visit to veterinarian.

However, if you are reading this and you are interested in helping these abandoned cats and dogs but do not have enough money or your parents would not let you have pet, fret not because there is another way for you. There are many shelter or adoption centres that welcome volunteers.

A 54-year-old Mariam Yusof, who is now the welfare officer from Muar, Johor and vice-president of Johor-based Noah’s Ark Animal Shelter (Nanas) that is home to 700 cats and 850 dogs that have been rescued from the streets. She said to The Star, unfortunately not many come forward to volunteer for such work. An animal shelter in Muar had to close down as they failed to keep it going due to lack of volunteers.

Meanwhile, Mariam said the pet adoption programme, first to be held in Malacca, served a dual purpose. “We not only offer cats for adoption but also educate pet owners on the need to neuter or spay their animals,” said Mariam. Besides that, we also have SPCA Selangor Adoption Centre.

There are close to 400 kittens, cats, puppies and dogs at the SPCA Animal Shelter in Ampang Jaya. The Shelter is open daily from 9am-4pm daily, including weekends and public holidays. Volunteers are welcome to help to wash and feed the animals.

All these animals want a companionship, love and attention. They just want their voice to be heard. It is time for you to listen.

There is also a website dedicated for stray cats and dogs. For more information, you can visit www.facebook.com/ktaj0311.

EURO 2012 tidak jejas tumpuan terhadap pelajaran

Samir Nasri dalam percubaan menjaringkan gol pada perlawanan England vs Perancis, EURO 2012, Isnin 11 Jun 2012 - dailymail.co.uk
SHAH ALAM – Demam bola sepak di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini kembali dengan bermulanya EURO 2012 pada 9 Jun yang lepas.

Pastinya kedai-kedai mamak di sekitar Seksyen 7 menjadi sasaran untuk menonton aksi pasukan diminati biarpun terpaksa bersengkang mata sehingga dini hari.

Pelajar memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka disamping sorakan yang begitu gemuruh terhadap pasukan-pasukan pilihan seperti Jerman, Belanda, England, Perancis, dan Portugal.

Jelas sekali, semangat EURO 2012 kelihatan di mana-mana dan benar-benar meresap dalam jiwa anak-anak muda tersebut.

Namun, satu persoalan yang mungkin boleh dibangkitkan adalah sejauh manakah golongan pelajar ini memberikan komitmen terhadap pelajaran mereka sekiranya faktor masa diambil kira?

Seorang pelajar dari Fakulti Komunikasi dan pengajian media, Azrul Hanafi menyatakan bahawa walaupun menononton perlawanan bola sepak merupakan minat baginya, pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Sebelum saya datang ke sini (kedai mamak) untuk menyaksikan perlawanan bola, saya akan selalu pastikan bahawa kerja-kerja yang diberi pensyarah disiapkan terlebih dahulu ataupun sekurang-kurangnya dalam proses penyiapan.

“Bagi pelajar yang hendak mentonon EURO 2012, mereka mestilah sedar bahawa ia merupakan inisiatif mereka sendiri, jadi, mereka harus tanggung keletihan untuk menghadiri kelas pada keesokan harinya,” kata Azrul.

Seorang lagi pelajar dari fakulti yang sama, Afiq Al-Hafis memberitahu Jurnalis Shah Alam bahawa pelajar harus membahagi masa dengan betul untuk membolehkan diri menonton sebarang perlawanan dalam Euro 2012.

“Sebagai seorang pelajar, kerja yang diberi oleh pensyarah sememangnya banyak, namun, sebagai fanatik bola sepak, ia bukanlah alasan bagi saya untuk tidak menonton perlawanan tersebut.

“Jika kita pandai membahagikan masa, tidak mustahil untuk pelajar dapat menyiapkan kerja-kerja mereka, pada masa yang sama, dapat menonton EURO 2012,” ulas Afiq.

Imarahkan masjid satu kewajipan

Dekan Fakulti Komunikasi & Media, Prof. Mohd Adnan Hashim merasmikan Karnival Interpersonalis Islam




SHAH ALAM - Masjid ialah institusi yang sangat penting dalam masyarakat Islam yang berperanan sebagai tempat beribadat, bermusyawarah dan berdakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Masyarakat hari ini jarang dan kurang menunaikan solat di masjid-masjid kerana mereka sangat sibuk mengejar kesibukan kerjaya sehingga tiada masa untuk mengimarahkan masjid.

Masyarakat Islam hari ini lebih memilih untuk menunaikan solat di rumah sahaja berbanding menunaikan di masjid.

Lantaran itu, para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan Komunikasi Antarapersonal semester lima telah mengadakan Karrnival Interpersonalis Islam (Jom Imarahkan Masjid) pada 26 dan 27 Mei di dataran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Karnival berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh para pelajar subjek Advokasi Awam semester empat yang mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kelas secara praktikal.

Mansuh PTPTN: kerugian bakal ditanggung IPTS

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjawab persoalan yang dikemukan oleh wartawan
SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu PTPTN.

“Jika kita mansuhkan PTPTN, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian yang sangat teruk kerana ketiadaan mahasiswa menyambung pelajaran,” katanya semasa Debat PTPTN di karangkraf baru-baru ini,” katanya.

Ini kerana, kos perbelanjaan mahasiswa IPTS akan meningkat kerana yuran pengajian IPTS adalah dua kali ganda dari IPTA.

Mahasiswa gotong-royong sukarela

Sukarelawan mendengar penerangan daripada Pak Daud sebelum mencantas dahan pokok limau




SHAH ALAM - University Ambassador UiTM dengan kerjasama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Shah Alam telah menarik minat 50 mahasiswa dari pelbagai fakulti untuk mengikut program khidmat masyarakat ini yang berlangsung selama satu hari sahaja.

Selain berbudi kepada masyarakat, mereka juga dapat berbudi kepada tanah dengan mempelajari cara-cara untuk bercucuk tanam, seperti membaja, mencantas dan membersihkan kawasan ladang untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih berkualiti.

Walaupun sukarelawan yang hadir datang dari pelbagai fakulti, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk mengikuti progam ini dengan bantuan daripada pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dengan kerjasama daripada peladang-peladang kampung yang terlibat.

Menurut Mohd Noorazrein bin Noorazlan Ong, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk kampung, malahan menekankan aspek-aspek penting dalam mencari peluang perniagaan dalam bidang pertanian dan perladangan.

Di samping itu, peladang kampung juga dapat memanfaatkan bantuan ini untuk menjana hasil tanaman yang lebih berkualiti dan lumayan.

Daripada rekod, program ini telah dianjurkan sebanyak tiga kali melibatkan kampung yang sama dan memberi impak yang positif kepada mahasiswa dan peladang.

“Tugas mahasiswa bukanlah menelaah buku sahaja. Banyak perkara yang dapat dilakukan sekiranya kita pandai membahagikan masa.

"Jadi, dengan mengikuti program ini sedkit sebanyak telah memberikan pendedahan kepada mereka,” kata beliau.

Katanya, kebanyakan mahasiswa pada masa ini lebih tertumpu kepada pelajaran tanpa menghiraukan isu yang berlaku kepada masyarakat sekeliling mereka.

"Untuk menghasilkan mahasiswa yang berkualiti, mereka perlulah seimbang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah.

"Kita tidak mahu mahasiswa ini cuma tertumpu pada bidang akademik sahaja tanpa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan."

"Diharapkan mahasiswa dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan supaya mereka tidak ketinggalan untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman," ulas Noorazrein.

Antara organisasi yang terlibat sama menjayakan program ini, FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dan Kolej Komuniti.

Beri kesedaran tahap bahaya denggi

Peserta bersiap sedia untuk menjayakan gotong royong 'Transformation toward Zero Dengue'




SHAH ALAM - Usaha yang dilakukan oleh pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam dalam membanteras wabak denggi di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah memberikan kesedaran kepada penduduk untuk mencegah ia daripada berlanjutan.

Program gotong-royong ini mendapat usahasama daripada komuniti Pusat Komersial Seksyen 7, pusat kesihatan dan balai polis Seksyen 6 telah memberikan pelbagai input berguna kepada peserta dan penduduk tentang bahayanya wabak ini.

Penghuni Pusat Komersial yang kebanyakkannya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam merupakan kawasan yang mencatatkan kes Denggi tertinggi pada tahun 2011 dan ianya masih berlarutan sehingga Mac 2012.

Setakat ini, kawasan Subang, Petaling Jaya dan Shah Alam mencatatkan rating paling tinggi sebanyak 112 kes. Manakala Pusat Komersial mencatat dua kes kematian dan ini menyebabkan tempat ini menjuarai carta kes denggi tertinggi di Selangor.

Peningkatan kes wabak denggi yang semakin menular ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa UiTM perlu dititikberatkan. Dengan itu, program ini telah dilaksanakan supaya dapat memberi kesedaran serta impak yang positif bagi merealisasikan kempen ini.

Puan Sarimah Lisut, wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 berkata, langkah pencegahan perlu diambil serius memandangkan jumlah kematian akibat denggi terus meningkat di seluruh negara. 

Menurut Nurul Husna Salleh selaku pengarah program, tema program ini untuk memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk di samping menyedarkan orang ramai yang kurang ilmu mengenai denggi ini.

Setiap peserta yang terdiri daripada pelajar UiTM telah dibahagikan mengikut kumpulan serta dibekalkan dengan ubat membunuh jentik-jentik yang akan diletakkan pada setiap rumah yang terlibat untuk dibersihkan.

Sehubungan itu, setiap penduduk diminta menjaga kebersihan kawasan persekitaran mereka supaya wabak denggi ini tidak dapat membiak dan dapat dielakkan sebelum terlambat.

Turut serta dalam menjayakan kempen ini adalah dari Unit Non Resident UiTM, Pusat Kesihatan UiTM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD) dan Badan Pengurusan Bersama Penduduk (Seksyen 7), program ini juga turut melibatkan pelajar UiTM dari setiap fakulti.

UFM 15 tahun 15 jam

SHAH ALAM - Stesen radio universiti pertama di Malaysia milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UFM telah melanjutkan waktu siarannya dari 12 jam ke 15 jam sempena genap 15 tahun penubuhannya.

Pengurus UFM, Encik Mohd Amirul Akhbar Bin Mohd Zulkifli telah melakukan pembaharuan kepada stesen radio berkenaan supaya bersesuaian dengan slogan UFM, ‘Info Muzik Terkini’.

Selain daripada melanjutkan waktu siaran UFM dari 7 pagi hingga 10 malam, slot-slot rancangan UFM juga berubah mengikut kesesuaian dan terdapat penambahan kepada slot informasi seperti Flash Info, U & Komoditi, U & Sejarah, dan banyak lagi selaras dengan slogan UFM.

Slot rancangan UFM telah dirombak dan lebih kepada berbentuk informasi dan tidak hanya terhad kepada pelajar-pelajar UiTM malah sesuai juga didengari oleh orang awam.

Ini adalah kerana sasaran pendengar UFM juga kepada penduduk di sekitar Lembah Kelang. UFM juga menyediakan slot Celik Bahasa yang membolehkan para pendengar mempelajari serta memantapkan penggunaan bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jepun, serta Mandarin.

Slot ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang mengambil subjek bahasa ketiga ataupun ‘third language’.

Penyampai radio UFM terdiri daripada staf UiTM sebagai penyampai radio sepenuh masa serta penyampai radio separuh masa yang majoritinya terdiri daripada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM kerana UFM adalah di bawah kelolaan fakulti tersebut.

“Paling menariknya selepas 15 tahun beroperasi, kini logo UFM juga telah diubah sejajar dengan ‘trend’ terkini dan juga supaya semua pendengar UFM sedar akan perubahan baru yang pihak UFM telah lakukan untuk mereka,” ujar salah seorang penyampai radio UFM, Nurul Farahain binti Khairuddin atau lebih dikenali sebagai ‘DJ FK.’

Stesen radio UFM yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini boleh didengari oleh pendengar melalui frekuensi 93.6FM di sekitar Lembah Kelang, hingga meliputi Nilai, Seremban untuk mendapatkan informasi terkini.

Dedah bakat seni pelajar UiTM

MERIAH… Pengunjung menyertai bengkel seni yang disediakan




PUTRAJAYA - Kehadiran pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara daripada pelbagai jurusan seni membuka mata pengunjung Hari Belia Negara: Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung selama lima hari di Putrajaya terhadap keindahan dan kehalusan seni yang boleh dihasilkan sendiri oleh belia negara.

Sehubungan dengan Hari Belia Negara, pihak UiTM dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia serta Orlaith Inc Sdn. Bhd. mengambil peluang mengetengahkan hasil seni dengan mewujudkan pameran yang diberi nama ‘Koloni Anak Seni.’

‘Koloni Anak Seni’ ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengunjung melihat sendiri anak seni iaitu pelajar UiTM berkarya di dalam satu koloni atau perkampungan kecil yang giat menghasilkan seni.

Pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM menyediakan pelbagai hasil seni untuk dipamerkan seperti hasil sulaman, potret lukisan, karikatur, seni cetak, arca dawai, serta studio mini fotografi.

Terdapat pelbagai acara yang boleh disertai para pengunjung seperti bengkel seni, interaksi bersama anak seni, sudut mari mencuba, serta pengunjung dapat membeli hasil seni yang dipamerkan dengan harga yang berpatutan.

Lebih menarik, para pengunjung juga disajikan dengan persembahan kesenian, pertunjukan fesyen, serta demonstrasi penghasilan seni daripada pelajar-pelajar UiTM.

Acara seperti ini diharapkan menjadi acara tahunan UiTM supaya dapat memartabatkan lagi hasil seni pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program Himpunan Jutaan Belia ini memberi ruang secukupnya kepada para belia Negara untuk menyemarakkan jati diri menjadi generasi cemerlang dan seterusnya bakal mewarisi pemimpin masa kini.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan program ini diharapkan dapat mengeratkan siratulrahim anak seni serta dapat memastikan nilai seni tidak akan luput ditelan arus globalisasi dan generasi muda akan terus mengasah bakat untuk penghasilan seni ke taraf yang boleh dibanggakan,” ulas Encik Azam Ismail Bakri, pengarah urusan Orlaith Inc Sdn. Bhd.



MENARIK… Pelajar UiTM sedang menunjukkan cara membentuk arca dawai

Sibuk bukan penghalang sertai SUKOL

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday, 5 June 2012 | 5.6.12

Pasukan Koleh Delima berpuas hati dengan hasil usaha berlatih dengan tekun. 




SHAH ALAM - Kolej Delima yang diwakili oleh pelajar Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam, hari ini merangkul gelaran naib juara dalam permainan bola jaring sukan antara kolej (SUKOL).

Pasukan yang dikepalai oleh Nur Izzati Zaidin, 21, berkata, meskipun mereka sibuk menghadiri kelas dan membuat tugasan bukanlah penghalang untuk menyertakan diri sebagai peserta di dalam sukol.

“Saya berpesan kepada ahli pasukan untuk menyiapkan segala tugasan dengan awal untuk mengelakkan sebarang masalah.

"Mereka perlu bertanggungjawab untuk membahagikan masa agar pencapaian akademik seiring dengan kokurikulum," katanya.

Izzati juga menambah, disebabkan pasukannya terdiri daripada ahli baru, latihan intensif untuk kecergasan untuk stamina telah dilaksanakan.

Beliau sebagai ketua pasukan akan memastikan ahlinya untuk turun padang membuat latihan sekitar 5.30 hingga 5.45 petang di Padang Kompleks Sukan.

“Kami berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian di dalam permainan bola jaring hari ini, walaupun hanya mendapat naib juara,” katanya.

Pada pusingan awal, pasukan Kolej Delima ini telah bertembung dengan Kolej Seroja, kemudian diikuti oleh Kolej Anggerik, Kolej Melati dan pusingan akhir bertembung dengan Kolej Mawar.

“Kami mengalamai “mental depression” untuk bertembung dengan Kolej Mawar kerana pasukan itu dianggotai oleh 3 orang pemain UiTM.

"Walaupun demikian, saya berbangga dengan Kolej Delima kerana telah membuktikan kesungguhan yang begitu baik sekali di dalam permainan tadi.” ujar Izzati.

Pemain import cemar semangat SUKOL 2012

SHAH ALAM - Pemain import punca kekalahan kami dalam SUKOL 2012 kata ketua pasukan bola keranjang kolej meranti ketika ditemubual.

Menurut Zulfahmi bin Mohammed, tindakkan sesetengah pasukan bola keranjang kolej mengambil pemain import atau pemain bukan daripada penghuni kolej telah mencemarkan semangat kesukanan SUKOL 2012 tempoh hari.

Ini kerana tindakkan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan etika kesukanan,selain itu juga mencemarkan objektif asal SUKOL 2012, iaitu mencungkil bakat-bakat baru.

Beliau yang juga merupakan pengerusi Meranti Basketball Club (MeBaC) turut melahirkan rasa kecewa semasa pertandingan berlangsung.

Kerana kekurangan pembantu petolongan cemas dalam memberi pertolongan cemas semasa pertandingan berlangsung.

Beliau berharap masalah seperti ini tidak akan berulang lagi pada SUKOL akan datang,dan berharap agar dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola keranjang dalam kalangan mahasiswa melayu.

Kewujudan MeBaC juga diharap menjadi pentas untuk melahir bakat-bakat baru sukan bola keranjang melayu dibumi UITM.

Disamping menyediakan pelapis baru untuk sukan bola keranjang Malaysia di arena kebangsaan.

SUKOL 2012 suntik semangat warga kampus

SHAH ALAM - Warga kampus digalakkan untuk menyertai sebarang jenis sukan yang dipertandingkan dalam Kejohan Sukan Antara Kolej (SUKOL) pada kali ini.

Pihak Pusat Sukan UiTM menganggarkan seramai 3500 orang pelajar dan kaki tangan yang terlibat mewakili 12 kolej yang bertanding.

Keseluruhan jumlah ini meliputi atlet, pegawai pengurusan kontigen, penyelaras, pengadail dan sukarelawan.

Sebanyak 23 jenis sukan yang dipertandingan untuk keseluruhan kejohanan ini yang bermula dari 18 Mei hingga 25 Mei.

“Sukan menyemai sifat disiplin, kewibawaan dan keterampilan bagi mencapai sahsiah pelajar yang cemerlang. Ada banyak sukan yang dipertandingkan, jadi pelajar perlu ambil peluang ini,” jelas Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohd Said, Timbalan Naib Canselor UiTM yang menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan SUKOL 2012 bertempat di Stadium UiTM Shah Alam pada 18 Mei yang lalu.

Tambah beliau lagi, warga kampus perlu lebih aktif di dalam sukan kerana ia mampu membentuk satu budaya masyarakat kampus yang berkualiti, cergas dan sihat.

Menurut Hamidah Abdul Rahman, Pegawai Sukan Kanan, jumlah kehadiran pelajar-pelajar kolej yang terlibat yang turut sama hadir memberi sokongan pada malam perasmian cukup memberangsangkan.

“Seramai 3500 orang pelajar telah membanjiri Stadium UiTM pada malam ini dan ini satu perkara yang sangat membanggakan kami pihak penganjur,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, SUKOL 2012 menampakkan peningkatan dari segi penyertaan oleh setiap kolej yang betanding.

Ini sekaligus menunjukkan warga kampus semakin bersemangat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti ini.

Malam perasmian turut diserikan dengan acara perbarisan yang telah disertai oleh wakil dari ke semua kolej yang bertanding.

Pelbagai elemen yang diterapkan oleh setiap kolej dalam gimik acara perbarisan tersebut.

Kolej Melati muncul sebagai juara perbarisan diikuti oleh Kolej Meranti di tempat kedua dan Kolej Anggerik di tempat ketiga.

Juara membawa pulang hadiah berupa cek bernilai RM1,000 beserta piala.

Acara kemuncak malam perasmian merupakan nyalaan obor yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor diiringi Mustaza Ahmad, Ketua Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

Sertai kelas renang bersama UiTM

Hanya RM80 untuk 10 sesi


SHAH ALAM – Bagi mempromosi dan membudayakan renang sebagai satu riadah yang bermanfaat, pusat sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan kursus renang kepada para pelajar dengan harga yang rendah.

Kursus yang bertempat di kolam renang UiTM Shah Alam dijalankan pada setiap hujung minggu terbuka kepada pelajar sepenuh masa lelaki atau wanita yang ingin mempelajari dan mengetahui cara berenang.

Dengan bayaran kursus serendah RM80, pelajar akan dilatih secara berkumpulan seramai 7 orang dan diterapkan dengan teknik-teknik renangan bagi meningkatkan kemahiran asas berenang.

Melalui kursus ini, pelajar akan mengikuti 10 hari sesi latihan belajar selama 5 minggu berturut-turut yang diadakan pada setiap pada hari Sabtu dan Ahad.

Bagi setiap sesi latihan berkumpulan, instruktor berpengalaman yang merupakan warga UiTM sendiri akan ditempatkan bagi melatih para pelajar dengan teknik renangan seperti kuak lentang dan gaya bebas.

Menurut Pembantu Am Pejabat Kanan Pusat Sukan UiTM, Hashim Hamid, harga yang ditawarkan untuk kursus renang ini sememangnya berpatutan dan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di luar.

“Selalunya harga yang ditawarkan di pusat akuatik luar dan kolam renang awam agak mahal sehingga mencecah ratusan ringgit,”jelasnya “Jadi, memahami kekangan yang dialami pelajar, kami menawarkan harga serendah RM80 untuk 10 kali sesi pembelajaran,” ujar beliau.

Tambah Hashim, setelah memasuki sesi ke 5, kebiasaanya para pelajar yang menyertai kursus ini sudah mudah mendapat rentak dan mudah menguasai teknik berenang.

Bagi mengalu-alukan penyertaan, kursus ini juga dibuka kepada orang luar sama ada dewasa mahupun kanak-kanak yang berminat mempelajari cara berenang, ingin memperbetulkan teknik renang atau meningkatkan kemahiran renang dengan tawaran harga yang berbeza.

Mereka yang ingin belajar dan mengikuti kursus berenang, boleh mengunjungi kolam renang UiTM Shah Alam yang dibuka pada setiap hari Isnin higga Ahad kecuali cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam atau menghubungi di talian 03-55445622 dan melayari kolamrenanguitm.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Penyerang muda perlu digilap

SHAH ALAM - Peminat UiTM FC berharap akan lebih ramai lagi penyerang muda digilap untuk mengekalkan prestasi baik pasukan.

Berdasarkan pendapat peminat atau pengikut setia UiTM FC yang rata-ratanya dari kalangan pelajar UiTM, pasukan bola sepak ini memerlukan pelapis muda.

Pasukan yang juga bersaing dalam Piala FA agak lemah akibat kekurangan penyerang dalam banteng serangan.

Salah seorang pengikut setia UiTM FC yang tidak mahu didedahkan identitinya ketika ditemu bual berkata prestasi pasukan bola sepak agak sedikit merudum berbanding dengan musim lepas.

“Berbanding dengan liga terdahulu, ranking UiTM FC berada di kedudukan yang sangat selesa tetapi kini sebaliknya.

“Jika dilihat kepada kemenangan yang diperolehi oleh pasukan bola sepak adalah kemenangan tipis disebabkan oleh sepakan penalti,” katanya lagi.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada sumber, benteng penyerang UiTM perlu ditingkatkan lagi.

Situasi ini perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan dan jurulatih agar dapat memikirkan langkah penyelesaian untuk mengekalkan prestasi UiTM FC sebagai pasukan yang digeruni pihak lawan.

Penyerang-penyerang muda perlu digilap dan diberi pendedahan untuk menggantikan penyerang sedia ada kini yang bakal menamatkan pelajaran mereka. UiTM FC telah menduduki ranking teratas dalam Liga IPT pada tahun 2011.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger